Tuesday 2 September 2014

Rahsia Tidur Berkualiti

Kesibukan kerja bukan alasan untuk anda tidak tidur. Dengan mengurangkan waktu tidur, anda bukan sahaja penat bahkan ia boleh mengganggu kesihatan. Bayarlah hutang tidur anda dengan mendapatkan kualiti tidur yang normal. (Hutang tidur saya akan di bayar bila sudah jadi jutawan shaklee..insyaallah)

Menurut National Sleep Foundation di AS, sebanyak 67% wanita mengalami masalah tidur. Sesetengah daripada mereka juga mengalami keletihan dan sering merasa mengantuk ketika melakukan aktiviti harian.

Bayar Hutang Tidur Anda

  • Cubalah luangkan masa seketika sebelum tidur sehinggalah anda betul-betul rasa mengantuk dan ingin tidur.
  • Mulalah masuk bilik lebih awal setiap sabtu dan ahad sehingga anda merasa lebih segar pada pagi isnin.
  • Penelitian mendapati dengan menghabiskan masa selama 30-45 minit diluar dari bilik tidur selepas bangun tidur akan menjadikan anda lebih segar.
  • Perhatikan cadar katil anda. Gantikan dengan yang lain sebelum ia terlalu kotor.
  • Pastikan suhu bilik anda gelap dan sejuk sebelum anda tidur.
  • Jangan lupa matikan semua alat elektronik dan elakkan memikirkan masalah lain atau melakukan aktiviti berat beberapa jam sebelum tidur.
  • Usahakan untuk tidur 7-8 jam setiap hari.
Bangun Pagi & Tetap Segar
  • Minumlah segelas air putih selepas bangun dari tidur. Ini untuk membantu menenangkan fikiran dan meningkatkan mood pada waktu pagi.
  • Urutan antara ibu jari dan jari telunjuk selama 2 minit mampu membangkitkan semangat pada waktu pagi.
  • Haruman dan wangian herba akan meningkatkan keghairahan pada waktu pagi.


Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Hafiza Hakima: 
Email : whafiza_hakima@yahoo.com 
Sms / Whatsapp : 012 9580334 
Shaklee Independent Distributor : 964487 
Blog : https://wanhafizahakima.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/hafiza hakima health care

1 comment:

  1. kalau kita kurang tidur akan berdampak kepada kesihatan....ya kita harus cukup tidur agar badan sihat dan jauh dari penyakit..
    http://bit.ly/1lwa95x

    ReplyDelete