Saturday 11 October 2014

Tips Atasi Bengkak Susu


Saya pernah mengalami bengkak susu sampai demam-demam. Kemudian diselang-seli dengan sakit yang berdenyut-denyut, payudara jadi tegang dan keras. Nak sentuh, nak angkat tangan pun tak sanggup..huhu

Bengkak susu terjadi apabila susu badan terhasil dengan banyaknya sehingga menghalang sistem limfa dan saluran darah. Bengkak susu ni sering terjadi pada ibu-ibu yang lepas bersalin (dalam pantang). Biasanya ibu yang mengalami bengkak susu akan segera mengepam payudara. Ini membuatkan saluran susu tersumbat hingga susu yang di pam tidak keluar. Tetapi ianya bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja mampu menghilangkan masalah bengkak susu.

Walaupun sakit tetapi jangan risau kerana ia adalah petunjuk positif iaitu ibu sedang menghasilkan susu untuk bayi.

Ada beberapa tips yang boleh diamalkan jika mengalami bengkak susu :-
  1. Susukan bayi dengan kerap iaitu 2-3 jam sekali, walaupun terpaksa mengejutkan bayi daripada tidur. Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara pada setiap penyusuan. Namun pastikan sebelah yang pertama telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan payudara sebelah lagi.
  2. Tuam payudara dengan tuala hangat atau mandi dengan air suam sebelum memerah untuk melembutkan aerola dan melancarkan pengeluaran susu. 
  3. Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang dihisap perlahan-lahan. Ia membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan melegakan ketegangan pada payudara. 
  4. Jika payudara terlalu penuh dengan susu, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan. 
  5. Sikat payudara yang bengkak menggunakan sikat rambut halus (sikat menghala ke puting). Lakukan berulang kali dan pengaliran susu akan kembali lancar.
  6. Layurkan daun sireh atas api kecil dan tekap pada payudara.
Kesimpulannya, keraplah susukan bayi untuk elakkan masalah bengkak susu. Kalau rasa sakit nak menyusukan bayi, pam jer untuk mengurangkan susu yang terhasil dalam payudara.

Anda layak untuk dapat semua ini jika membuat pembelian Shaklee dengan saya :- 
1) Jadual pengambilan vitamin 
2) Jemputan ke Group Eksklusif di Facebook 
3) Jemputan ke Group Sokongan Whatsapp/Telegram 
4) Konsultasi percuma berterusan 
5) Tips-tips eksklusif berkaitan set yang dibeli

Ingin mendapatkannya dengan harga ahli? Semestinya bole..;) Pelarasan harga dari Shaklee telah menetapkan harga ahli hanya untuk ahli berdaftar sahaja..;) 
Banyak sangat benefit bila jadi ahli shaklee..
 
Jangan tunggu lama2 sangat, jom daftar segera kerana yuran seumur hidup hanyalah RM 65 + RM 10 (kos penghantaran starter kit ke Semenanjung Malaysia & / + RM 20 (kos penghantaran starter kit ke Sabah, Sarawak & WP Labuan) 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Hafiza Hakima: 
Email : whafiza_hakima@yahoo.com 
Sms / Whatsapp / Telegram : 012 9580334 
Shaklee Independent Distributor : 964487 
Blog : https://wanhafizahakima.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/hafiza hakima health care

No comments:

Post a Comment