Tuesday 14 October 2014

Posisi Penyusuan


Dalam membuat persediaan untuk menyusukan bayi ketika anda masih hamil lagi, jangan lupa untuk mempelajari posisi yang betul ketika menyusukan bayi anda. Jika tersilap posisi dibimbangi usaha anda untuk menyusukan bayi akan menemui kesukaran atau kegagalan.

Pelajari langkah demi langkah persiapan menyusukan si comel anda:

Kedudukan selesa

Pastikan kedudukan ibu selesa di mana bayi diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar pada katil, sofa ataupun kerusi dengan kepala bayi di atas lengan anda. Sebaik-baiknya jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga menyukarkan dia mencapai puting untuk menyusu.

Elakkan daripada terlalu membongkok hingga membuatkan anda begitu rapat dengan bayi. Ibu digalakkan menggunakan bantal atau kusyen untuk bersandar bagi menyokong diri sendiri dan bayi semasa proses penyusuan. Sebaiknya gunakan bantal menyusu.

Sokong bayi

Kepala, tengkuk dan tubuh bayi haruslah berada dalam keadaan selari. Manakala mukanya pula menghadap payu dara. Hidung bayi perlu bertentangan dengan puting payu dara. Dalam pada itu, bayi perlu rapat dengan anda di mana punggung, kepala dan bahu bayi diampu dengan sebaik-baiknya.

Ampu payu dara

Biasanya ramai ibu menyusu melakukan pegangan gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk berada di atas puting manakala jari-jari yang lain di bawah puting ketika menyusu. Sebenarnya, cara yang betul memegang payu dara ialah dengan melakukan pegangan C di mana ibu jari berada di atas puting dan jari-jari lain di bawah puting.

Lekapkan bayi

Sebelum mula menyusukan bayi, sentuh bibirnya. Biarkan mulut bayi terbuka luas. Kemudian, halakan tubuh bayi ke arah payu dara. Dalam pada itu, pastikan dia melekap pada aerola dengan betul. Gerakan rahang dan bunyi tegukan yang kedengaran adalah petanda bayi menyusu dalam posisi yang betul.

Jenis-jenis posisi penyusuan:

*Cradle hold – Posisi dakapan yang paling biasa diamalkan oleh ibu. Ia sangat selesa kepada ibu dan bayi yang disusukan.

*Cross cradle hold – Posisi hampir sama seperti cradle hold tetapi posisi ini bayi diampu oleh sebelah lagi tangan dan sebaliknya.

*Football hold – Posisi ini memerlukan sokongan bantal menyusu bagi menyokong bayi agar selesa. Bantal diletak di bahagian tepi tubuh atau bawah lengan ibu bagi membolehkan bayi berada sama paras dengan payu dara. Posisi ini sesuai untuk ibu yang melahirkan bayi secara caesarean.

*Lying down – Posisi menyusukan bayi secara berbaring boleh digunakan ketika ibu mahupun bayi keletihan. Malah jika melahirkan bayi secara pembedahan, posisi ini boleh dicuba pada hari-hari pertama selepas kelahiran.

*Tandem - Posisi ini biasanya dipraktikkan oleh ibu yang mempunyai anak kembar agar dapat menyusukan kedua anak dalam satu masa.

Info : Majalah Pa & Ma

Anda layak untuk dapat semua ini jika membuat pembelian Shaklee dengan saya :- 
1) Jadual pengambilan vitamin 
2) Jemputan ke Group Eksklusif di Facebook 
3) Jemputan ke Group Sokongan Whatsapp/Telegram 
4) Konsultasi percuma berterusan 
5) Tips-tips eksklusif berkaitan set yang dibeli

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Hafiza Hakima: 
Email : whafiza_hakima@yahoo.com 
Sms / Whatsapp / Telegram : 012 9580334 
Shaklee Independent Distributor : 964487 
Blog : https://wanhafizahakima.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/hafiza hakima health care

No comments:

Post a Comment