Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts

Monday, 13 October 2014

Teknik Power Pumping

POWER PUMPING
TEKNIK TERBUKTI "POWER" UNTUK BANYAKKAN SUSU BADAN


Apa itu teknik power pumping? Ia merupakan teknik mengepam yang dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik Power Pumping ini menggunakan konsep demand & supply di mana breast akan dikosongkan dengan kerap supaya ianya diisi dengan lebih kerap.
Macam mana nak buat teknik power pumping?

Anda hanya perlu gunakan teknik ini apabila ingin boost kembali penghasilan susu badan yang merudum.

Teknik ini memerlukan masa selama satu jam dan perlu dibuat selama 3-7 hari (bergantung kepada individu). Sebaik-baiknya teknik ini dilakukan pada waktu malam ke subuh kerana ketika ini hormon prolaktin adalah sangat tinggi.

POWER PUMPING
...Untuk Ibu Menyusu...

Pam 20 minit

Rehat 10 minit

Pam 10 minit

Rehat 10 minit

Pam 10 minit

Selesai...;)

Secara keseluruhanya, hanya mengepam selama 40 minit dalam masa satu jam.


Hasilnya bergantung kepada individu. Ada yang dapat hasil sepantas 48 jam. Ada yang perlu tunggu 3-4 hari, dan ada juga yang perlu bersabar selama seminggu.

Apa yang penting, anda jangan mudah putus asa dan perlu konsisten melakukan teknik ini hingga nampak hasilnya.

5 Tips Untuk Menjayakan Teknik Power Pumping

Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk menjayakan power pumping ini:- 
  1. Jangan stress, jangan sedih dan jangan give up kalau masa mula-mula pam, hanya keluar angin, bukan susu. Anda perlu konsisten dan teruskan usaha. 
  2. Elakkan melihat jumlah susu yang terkumpul semasa anda pam. Ingat, tujuan teknik ini adalah untuk merangsang badan menghasilkan lebih banyak susu.
  3. Gunakan breastpump yang berkualiti.
  4. Pastikan anda ceria sewaktu melakukan Power Pumping supaya hormon prolaktin mudah terhasil. 
  5. Lakukan teknik Power Pumping di tempat yang selesa. Boleh sediakan bahan bacaan dan juga air untuk memastikan anda tidak kehausan.
Anda layak untuk dapat semua ini jika membuat pembelian Shaklee dengan saya :- 
1) Jadual pengambilan vitamin 
2) Jemputan ke Group Eksklusif di Facebook 
3) Jemputan ke Group Sokongan Whatsapp/Telegram 
4) Konsultasi percuma berterusan 
5) Tips-tips eksklusif berkaitan set yang dibeli

Ingin mendapatkannya dengan harga ahli? Semestinya bole..;) 
Pelarasan harga dari Shaklee telah menetapkan harga ahli hanya untuk ahli berdaftar sahaja..;) Banyak sangat benefit bila jadi ahli shaklee 

Jangan tunggu lama2 sangat, jom daftar segera kerana yuran seumur hidup hanyalah RM 65 + RM 10 (kos penghantaran starter kit ke Semenanjung Malaysia & / + RM 20 (kos penghantaran starter kit ke Sabah, Sarawak & WP Labuan) 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Hafiza Hakima: 
Email : whafiza_hakima@yahoo.com 
Sms / Whatsapp / Telegram : 012 9580334 
Shaklee Independent Distributor : 964487 
Blog : https://wanhafizahakima.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/hafiza hakima health care

Saturday, 11 October 2014

Tips Atasi Bengkak Susu


Saya pernah mengalami bengkak susu sampai demam-demam. Kemudian diselang-seli dengan sakit yang berdenyut-denyut, payudara jadi tegang dan keras. Nak sentuh, nak angkat tangan pun tak sanggup..huhu

Bengkak susu terjadi apabila susu badan terhasil dengan banyaknya sehingga menghalang sistem limfa dan saluran darah. Bengkak susu ni sering terjadi pada ibu-ibu yang lepas bersalin (dalam pantang). Biasanya ibu yang mengalami bengkak susu akan segera mengepam payudara. Ini membuatkan saluran susu tersumbat hingga susu yang di pam tidak keluar. Tetapi ianya bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja mampu menghilangkan masalah bengkak susu.

Walaupun sakit tetapi jangan risau kerana ia adalah petunjuk positif iaitu ibu sedang menghasilkan susu untuk bayi.

Ada beberapa tips yang boleh diamalkan jika mengalami bengkak susu :-
  1. Susukan bayi dengan kerap iaitu 2-3 jam sekali, walaupun terpaksa mengejutkan bayi daripada tidur. Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara pada setiap penyusuan. Namun pastikan sebelah yang pertama telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan payudara sebelah lagi.
  2. Tuam payudara dengan tuala hangat atau mandi dengan air suam sebelum memerah untuk melembutkan aerola dan melancarkan pengeluaran susu. 
  3. Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang dihisap perlahan-lahan. Ia membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan melegakan ketegangan pada payudara. 
  4. Jika payudara terlalu penuh dengan susu, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan. 
  5. Sikat payudara yang bengkak menggunakan sikat rambut halus (sikat menghala ke puting). Lakukan berulang kali dan pengaliran susu akan kembali lancar.
  6. Layurkan daun sireh atas api kecil dan tekap pada payudara.
Kesimpulannya, keraplah susukan bayi untuk elakkan masalah bengkak susu. Kalau rasa sakit nak menyusukan bayi, pam jer untuk mengurangkan susu yang terhasil dalam payudara.

Anda layak untuk dapat semua ini jika membuat pembelian Shaklee dengan saya :- 
1) Jadual pengambilan vitamin 
2) Jemputan ke Group Eksklusif di Facebook 
3) Jemputan ke Group Sokongan Whatsapp/Telegram 
4) Konsultasi percuma berterusan 
5) Tips-tips eksklusif berkaitan set yang dibeli

Ingin mendapatkannya dengan harga ahli? Semestinya bole..;) Pelarasan harga dari Shaklee telah menetapkan harga ahli hanya untuk ahli berdaftar sahaja..;) 
Banyak sangat benefit bila jadi ahli shaklee..
 
Jangan tunggu lama2 sangat, jom daftar segera kerana yuran seumur hidup hanyalah RM 65 + RM 10 (kos penghantaran starter kit ke Semenanjung Malaysia & / + RM 20 (kos penghantaran starter kit ke Sabah, Sarawak & WP Labuan) 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** 

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Hafiza Hakima: 
Email : whafiza_hakima@yahoo.com 
Sms / Whatsapp / Telegram : 012 9580334 
Shaklee Independent Distributor : 964487 
Blog : https://wanhafizahakima.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/hafiza hakima health care

Saturday, 26 April 2014

10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Sekadar perkongsian buat semua ibu2 meyusu diluar sana...

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi perahan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan. 
3. Minum Banyak Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari. 

4. Fikir Bayi Fikir Susu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin. 

5. Berdisiplin

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip #6 dan #7.

6. Tendum Pumping

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan breast pump Disamping anak dapat menyusu, kita dapat juga mengumpul stok. 

7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pump dpt 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sikit, tapi ada beza.

8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam lebih lama juga bleh buat let down 2-3kali. Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu. 

10. Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam.



With Love,
Mama Humayraa & Hazirah
SID : 964487
012-9580334
whafiza_hakima@yahoo.com