Showing posts with label Resepi Nasi Daging. Show all posts
Showing posts with label Resepi Nasi Daging. Show all posts

Friday, 17 October 2014

Nasi Daging Simple


**picture dr google, lupe nak snap gambar..hihi

RESEPI NASI DAGING SIMPLE

Kali pertama cuba buat nasi daging memandangkan daging korban haritu ada lagi.. Percubaan yang tidak mengecewakan walaupun rasa lain sikit..hihi

Bahan-Bahan Utama :-
~ 5 pot beras basmathi atau beras biasa (kalau guna beras basmathi, kena rendam selama 1/2 jam pastu baru toskan air dan biarkan dalam rice cooker.
~ 300 gram daging (potong kiub)

Bahan-Bahan Untuk Menumis :-
~ 3 biji bawang merah (hiris nipis)
~ 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
~ 2 inci halia

Bahan-Bahan Lain :-
~ 1 sudu besar minyak sapi
~ 1 sudu besar marjerin
~ 150 ml susu cair
~ 2 sudu besar sos tomato / tomato puri
~ sup bunjut adabi
~ 3 serangkai
~ 1 sudu besar serbuk kurma
~ garam secukup rasa
~ 2 kiub pati ayam knorr
~ air secukupnya

Langkah Pertama :-

1. Rebus daging bersama 7 cawan air, sup bunjut dan rempah kurma. Rebus sampai empuk. Air rebusan akan digunakan untuk memasak nasi.

Langkah Seterusnya :-

1. Dalam periuk lain, masukkan marjerin dan minyak sapi.
2. Tumis bahan hirisan, 3 serangkai, tumis sampai layu.
3. Kemudian masukkan sos tomato / tomato puri.. kacau rata
4. Masukkan susu cair..
5. Akhir sekali, masukkan air rebusan daging tadi bersama-sama dagingnya sekali. Sukat air rebusan tu, jangan main tuang jer. Masukkan jugak kiub pati ayam knorr.
6. Tuang ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang ditoskan tadi. Masak nasi macam biasa..

Siappppp..jangan lupa gembur-gemburkan nasi dengan garfu...



Untuk maklumat lanjut, hubungi saya Wan Hafiza Hakima:
Email : whafiza_hakima@yahoo.com
Sms / Whatsapp / Telegram : 012 9580334
Shaklee Independent Distributor : 964487
Blog : https://wanhafizahakima.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/hafiza hakima health care