Tuesday 8 July 2014

Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita mengamalkannya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”


Dalam satu lagi riwayat Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 30 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.30 pagi dan ditambah 30 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi sehingga gelincir matahari iaitu setengah jam sebelum waktu zuhur.

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Niat solat sunat Dhuha dan ertinya:


” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam



c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha



Jika tidak hafal surah As-Syam atau surah Ad-Dhuha, boleh juga diganti dengan bacaan surah yang lain.

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa seperti berikut:







No comments:

Post a Comment